Saturday, October 3, 2009

Dugaan..ujian..bala..?

400 penduduk ditelan bumi


SEORANG wanita berjalan di hadapan sebuah masjid yang runtuh di kampung Patamuan di bandar pinggir pantai Padang Pariaman, semalam. – Reuters


JAKARTA 3 Okt. - Kira-kira 400 orang yang sedang menghadiri satu majlis pernikahan dikhuatiri hilang ditelan bumi di Dusun Pulau Aik, Padang Pariaman ketika gempa bumi melanda Sumatera Barat pada Rablu lalu pada 5.16 petang 30 Sept.

Kebimbangan itu berdasarkan keadaan kampung itu yang kini rata ditutupi tanah dan menara masjid, yang merupakan struktur tertinggi di situ, bahkan juga sudah tidak kelihatan.

"Mereka ditelan bumi sedalam 30 meter akibat gempa dan longsor (tanah runtuh)," kata Ketua Pusat Penanganan Krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Rustam S. Pakaya yang dipetik detikcom, hari ini.

Sambil menyebut bahawa pasukan mencari dan menyelamat tidak mungkin menggali sedalam 30 meter untuk mengeluarkan mangsa, beliau berkata, dengan tenggelamnya kampung itu, proses mencari dan menyelamat sangat sukar untuk dijalankan walaupun pasukan pencari masih berusaha.

Tragedi di kampung itu yang berlaku pada pukul 5.16 petang merupakan satu daripada beberapa kejadian serupa apabila mangsa tertimbus dan terhimpit di celah runtuhan bangunan, yang kini mendapat perhatian setelah komunikasi dan jalan raya mulai dapat berfungsi semula.

Dipetik dari UTUSAN ONLIINE 4 Oktober 2009


Thursday, October 1, 2009

Protect Malaysia from harassment....

Now they want gamelan

Indonesia lays claim to traditional music form
Tuesday, September 29th, 2009 07:07:00
Gamelon

IN DISPUTE: The gamelan

FIRST it was the pendet folk dance, Rasa Sayang rendition and now gamelan is fast becoming another item on a long list of disputes between Malaysia and Indonesia.

Gamelan is a traditional musical ensemble featuring a variety of instruments such as metallophones, xylophones, drums and gongs, bamboo flutes, bowed and plucked strings. The term usually refers to the set of instruments rather than to the players of those instruments.

The Jakarta Globe yesterday reported that Malaysia’s official website for cultural heritage, www.warisan.gov.my, had listed gamelan in its national heritage section, in third place after the boria and zapin
dances.

A music expert, Remy Sylado, said that the gamelan has its roots in the Javanese culture and dates back to the first Saka era (circa AD 230).

Source:

http://www.mmail.com.my/content/14376-now-they-want-gamelan

_________________________

Indonesia dresses up after batik 'victory' over Malaysia

This picture taken on September 17 shows visitors to a batik exhibition practicing to make a batik motive in Solo as part the country's effort to preserve batik. Indonesia's president is pushing the country's 234 million people to wear batik clothes after the United Nations handed it a victory over neighbour Malaysia in a poisonous feud over cultural heritage.

JAKARTA (AFP) - – Indonesia's president is pressing the country's 234 million people to wear batik clothes to celebrate a triumph over neighbour Malaysia in a poisonous feud over cultural heritage.

The UN cultural organisation UNESCO is set this week to add Indonesia's method of making the cloth -- through a laborious process of wax-dipping and dying -- to its list of the world's Intangible Cultural Heritage.

President Susilo Bambang Yudhoyono has instructed Indonesians to celebrate the day the decision becomes official, Friday, by donning their best shirts, dresses, blouses and sarongs made from the material.

Source:

http://sg.news.yahoo.com/afp/20091001/tls-indonesia-malaysia-culture-batik-une-aeafa1b.html

___________________________________________________________________

Dear Datuk Seri Prime Minister and Malaysian Cabinet...please help to protect our motherland from such harassment and distortion by those who envy us. We're not thieves.......

Wednesday, September 30, 2009

Harta Karoooonnnn.....daaaa......

ARKIB : 30/09/2009

Polis Sepanyol temui wang tunai RM22 juta

30/09/2009 4:40am

MADRID 30 Sept. – Polis penyiasat narkotik Sepanyol menemui wang tunai sebanyak AS$6.3 juta (RM22 juta) yang ditanam di sebuah pekan di Pulau Mallorca.

Polis Kebangsaan berkata, pihak berkuasa menjalankan operasi mematahkan rangkaian dadah di kawasan tersebut dan telah menemui wang tunai itu bersama dengan barangan kemas seberat 7.5 kilogram serta permata bernilai AS$8,000 ketika merobohkan sebuah rumah pengedar dadah.

Polis dalam kenyataannya yang dikeluarkan semalam berkata, salah satu daripada peti itu ditanam di bawah rumah anjing di halaman rumah.

Polis turut merampas sejumlah besar heroin, kokain dan marijuana. – AP

Tuesday, September 29, 2009

Tahniah...semoga "BN" berjaya kali nih.....

Isa calon pilihan rakyat - TPM


Muhyiddin Yassin serta pemimpin komponen Barisan Nasional mengangkat tangan selepas Mohd. Isa Samad (tengah) dipilih sebagai calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang di Batu 6 Jalan Pantai, Port Dickson, semalam.


PORT DICKSON 29 Sept. - Pemilihan Tan Sri Mohd. Isa Samad, 60, sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang dibuat atas kehendak akar umbi dan pengundi serta selaras dengan konsep rakyat didahulukan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kehendak rakyat dahulukan dan kehendak pengundi di Bagan Pinang yang mahukan Mohd. Isa sebagai calon telah dikotakan dan utamakan.

"Kita telah teliti, bukan sahaja ditilik malahan kita juga berjumpa dengan pengundi semua peringkat masyarakat dan bertanyakan mengenai calon yang sesuai untuk menjadi wakil rakyat mereka.

"Maka atas dasar inilah dan mengambil kira semua pertimbangan sedia ada, kita ambil keutamaan rakyat didahulukan dan berharap pengundi di sini terus memberi sokongan padu kepada Mohd. Isa," katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengumumkan nama calon BN pada pilihan raya kecil berkenaan sempena majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri BN peringkat negeri di Batu 6, Jalan Pantai di sini petang ini.

Muhyiddin sebelum itu secara spontan bertanyakan tiga kali mengenai siapakah calon yang dimahukan oleh lebih 10,000 rakyat yang hadir dan majlis kemudian bergema apabila kesemua hadirin secara serentak melaungkan nama Mohd. Isa.

Selepas itu, Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Pengerusi BN mengumumkan secara rasmi nama Mohd. Isa pada pukul 5.25 petang ini.

Sementara itu, pada sidang akhbarnya kemudian, Muhyiddin menjelaskan, rakyat pelbagai kaum, tidak kira Melayu, Cina dan India menerima Mohd. Isa yang cukup dikenali mereka dan pastinya sokongan itu tidak berbelah bahagi.

"Pengundi di sini sudah lama kenal beliau (Mohd. Isa), beliau begitu mesra dengan orang kampung di sini, populariti beliau tidak dapat dinafikan. Ini adalah kehendak orang tempatan.

"Sebab itulah saya tanya rakyat sebanyak tiga kali sebentar tadi. Saya tak mahu keputusan ini datang daripada saya seorang tetapi juga atas kehendak rakyat. Mereka mahukan Mohd. Isa dan ini membuktikan betapa rakyat yakin dengan kredibiliti beliau," kata beliau.

Kata Muhyiddin, walaupun mungkin dalam sejarah politik, orang akan membangkitkan pelbagai isu yang memburukkan calon BN, namun jentera parti sudah bersedia untuk menjelaskannya sebaik mungkin.

"Dalam sejarah politik, saya sendiri pun ada masalah. Sebenarnya, pengundi di Bagan Pinang, di mana tempat Mohd. Isa dibesarkan, mereka lebih mengenali hati budi beliau.

"Saya tahu pembangkang akan bangkitkan pelbagai isu, kita percaya itu dapat diatasi sebaik mungkin dan kita telah pun membuat keputusan meletakkan Mohd. Isa sebagai calon di Bagan Pinang, oleh itu saya mengharapkan sokongan daripada pengundi di sini," jelas beliau.

Mengenai kawasan di Bagan Pinang ini, Muhyiddin berkata, masih banyak lagi perlu dibangunkan lebih-lebih lagi ia merupakan lokasi strategik pelancongan.

"Kita akan terus bangunkan kawasan ini kerana sebahagian besar kawasan Bagan Pinang merupakan lokasi pelancongan.

"Saya percaya dan yakin Mohd. Isa dapat meneruskan pembangunan di kawasan ini dan dengan pengalaman yang beliau ada, penduduk akan mendapat faedah daripadanya," kata beliau.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Romah Mansor tiba di lokasi pengumuman ini pada 5.30 petang untuk memberi sokongan kepada Mohd. Isa dan jentera parti.

Hadir sama pemimpin komponen BN termasuk Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu; Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai serta Naib-naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Turut hadir Pengerusi BN negeri yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan pemimpin UMNO di semua peringkat di negeri ini.

Berbaloikah...?

1MF1T perlu RM450 juta semusim

KUALA LUMPUR - Bos pasukan Formula Satu (F1) negara, F1 1Malaysia (1MF1T), Datuk Seri Tony Fernandes berkata, kira-kira RM450 juta perlu dibelanjakan untuk membolehkan Malaysia bersaing di litar F1 selain untuk melengkapkan jadual 19 perlumbaan.

"Kami perlukan RM100 juta hingga RM150 juta untuk membolehkan jentera berada di litar dan kami perlukan (tambahan) RM300 juta bagi melengkapkan keseluruhan persaingan," katanya.

Fernandes, 46, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif penerbangan bajet Asia Tenggara, AirAsia, menjadi pendorong utama bagi membolehkan kepulangan Lotus ke sukan itu, yang mengumumkan hasrat mereka untuk berlumba semula minggu lalu.

1MF1T disokong oleh 1Malaysia F1 Team Sdn. Bhd., sebuah perkongsian swasta-awam melibatkan barisan usahawan terkenal tempatan di samping pembuat kereta kebangsaan, Proton.

Fernandes menambah, pasukan Malaysia akan menawarkan pekerjaan kepada 225 orang termasuk pakar aerodinamik dan jurutera bagi kemahiran mekanikal dan elektronik.

Ketika ditanya sama ada dia yakin dalam mencari penaja bagi pasukan, katanya: "Adakah kami gagal setakat ini?" merujuk kepada kejayaan AirAsia sejak pelancarannya pada 2001 untuk menjadi syarikat penerbangan ke-12 terbesar dunia.

Lotus kembali ke F1 selepas bersaing dalam kejuaraan itu dari 1958 hingga 1994.

Pembuat kereta kebangsaan Malaysia, Proton memiliki saham terbesar dalam syarikat itu pada pertengahan 1990-an.

Buat masa ini, pasukan 1MF1T akan berpangkalan di Norfolk, England, dekat kilang Lotus Cars, satu prasarana yang dibina oleh Toyota untuk penyediaan dan pembangunan awal F1 mereka.

Namun kereta pasukan akan dibina, dikeluarkan dan diuji di Litar F1 Sepang yang menjadi tuan rumah perlumbaan GP Malaysia sejak 1999. - AFP

T A H N I A H U. M. N. O.........!!!!!!!!!!!!


Isa Samad sah calon BN di Bagan Pinang

29/09/2009 5:24pm

PORT DICKSON 29 Sept. – Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad hari ini diumumkan secara rasmi sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang pada 11 Oktober ini.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Pengerusi BN dalam majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri BN peringkat negeri di Batu 6, Jalan Pantai dekat sini petang ini.

Mohd. Isa, 60, merupakan Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan selama 23 tahun.

Hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu ialah pada 3 Oktober ini.

Terdapat 13,664 pengundi berdaftar layak mengundi pada Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang dengan 9,060 merupakan pengundi biasa manakala 4,604 pengundi pos.

DUN Bagan Pinang mempunyai 62.7 peratus pengundi Melayu, 20.7 peratus India, 10.9 peratus Cina dan 5.5 peratus kaum lain.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Azman Mohd Nor pada 4 September lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12, Allahyarham Azman memenangi kerusi DUN itu selepas mendapat 6,430 undi mengalahkan calon Pas, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi. - Utusan

Thursday, September 10, 2009

kasih ibu...rentung...

Anggota bomba dan menyelamat menemui mayat wanita yang masih mendakap bayinya ketika memadamkan kebakaran rumah setinggan di belakang Wisma Naza, Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur awal pagi ini. 30 buah rumah hangus dalam kebakaran selama setengah jam itu. - UTUSAN / DJOHAN SHAHRIN SHAH


Dalam kita sibuk menjalani ibadah puasa dan menyediakan persiapan menjelang Aidilfitri, jgn sesekali kita lalai akan keselamatan semua ahli keluarga kita samada di dalam atau di luar rumah. Ingat, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Kejadian kebakaran di kawasan Wisma naza hendaklah dijadikan pengajaran kpd kita utk tidak memperjudikan nyawa ahli keluarga kita dgn membiarkan kediaman kita tidak selamat dan tidak mempunyai alat keselamatan seperti alat pemadam api dan sebagainya.

Wednesday, September 9, 2009

hanya kerana "Pendet".....

SEKUMPULAN lelaki Indonesia mengadakan sekatan jalan haram sambil memegang sepanduk `Maaf Jalan Anda Terganggu : Sweeping Orang Malaysia’’ di Jakarta semalam. Dalam sekatan itu mereka menyoal pemandu dan penumpang seandainya mereka warga Malaysia. - AFP

Sejak kebelakangan ini, Malaysia sering mendapat kecaman oleh segelintir rakyat Indonesia berhubung dengan beberapa isu yang agak sensitif seperti penderaan orang gaji yg berasal dari Indonesia dan baru2 ini berkaitan dengan penayangan tarian "pendet" dlm satu iklan pelancongan Malaysia yg dibuat oleh pihak lain yg lansung tidak ada kena mengena dengan Malaysia. Isu ini semakin panas apabila beberapa rakyat Indonesia telah mengadakan tunjuk perasaan haram di Jakarta dgn bertujuan utk mencari dan mengusir rakyat Malaysia yg mereka jumpai. Semoga kerajaan kita dpt mengatasi masalah ini krn kita tdk mahu berlaku insiden buruk berlaku ke atas rakyat kita di Indonesia.

Friday, September 4, 2009

KD Tunku Abdul Rahman...

Inilah bukti kehebatan negara kita yg baru 52 tahun merdeka. Semoga negara kita semakin makmur dan berdaulat.....

Scorpene mantapkan pertahanan


kapal selam kebanggaan negara, KD Tunku Abdul Rahman yang membawa 32 anak kapal selamat tiba di Pangkalan Pusat Hidrografi Nasional, TLDM di Pulau Indah, Klang, Selangor, semalam selepas melalui pelayaran selama 54 hari sejauh 6,000 batu nautika dari Toulon, Perancis. Kapal selam kedua KD Tun Razak dijangka tiba Mac tahun depan. – Utusan/ Mohd. Shaharani Saibi


PELABUHAN KLANG 3 Sept. – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menegaskan aset terbaru pertahanan negara iaitu kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak adalah bukti kesungguhan kerajaan memastikan kedaulatan negara terus selamat dan terjamin.

Titah baginda, perolehan dua kapal selam Scorpene dari Perancis itu turut memberikan manfaat dalam mewujudkan satu angkatan tentera negara yang lebih berwibawa dan disegani terutamanya Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

‘‘Projek perolehan kapal selam TLDM ini adalah satu pelaburan dan komitmen terbesar yang dibuat oleh kerajaan untuk meningkatkan keupayaan tentera Malaysia dalam menentukan kedaulatan negara terjamin dan selamat daripada sebarang ancaman.

‘‘Selain itu, perolehan aset ketenteraan ini juga membolehkan TLDM khususnya dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjadi satu angkatan yang lebih berwibawa di rantau ini,” titah baginda.

Monday, August 31, 2009

Jangan melampau..homatilah perpaduan kaum...

Baca dan fahamilah kenyataan yg telah dibuat oleh isteri PM kita...semoga kita mendpt iktibar dan pengajaran darinya...

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengingatkan bahawa masyarakat yang memilih semangat perkauman yang fanatik dan menyesatkan bakal berhadapan dengan kehancuran.

Beliau berkata, sejarah telah membuktikan semangat perkauman yang sempit akan hanya membawa bencana dan kehinaan kekal kepada satu-satu masyarakat.

"Janganlah di atas kepentingan sempit peribadi ataupun rasukan semangat fanatik perkauman yang membuak-buak kita gagal melihat pentingnya perpaduan di kalangan warganegara Malaysia yang tercinta ini.

"Dalam bulan Ramadan yang penuh berkat ini dan di ambang kemerdekaan marilah kita menanam semangat menyayangi dan menjaga dengan rapi kejayaan dan perpaduan yang telah kita kecapi selama ini,'' katanya.

Saturday, August 29, 2009

Selamat menyambut Hari Merdeka ke-52













Kepada semua rakyat Malaysia, saya ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan tanahair yang ke-52. Semoga kita dpt hidup dgn lebih aman, makmur dan sejahtera tanpa menggadaikan prinsip rukunegara serta kedaulatan negara kita.

Thursday, August 27, 2009

Antara punca rakyat hilang kepercayaan

Kita masih belum lagi sedar dan serik akan betapa pahitnya bila tewas dlm PRU yg lalu. Kita sentiasa membuat kesilapan yg sama dgn mengandaikan rakyat mudah dimanipulasi dgn menyogok mereka dgn "gula2". Sedarlah, berubahlah sebelum anda dirobohkan........ Jadikan petikan akhbar berikut sebagai pedoman danrenungan kita agar kita dpt membaiki diri kita dan parti komponen kita agar PRU akan dtg menjadi milik kita....

Petikan Utusan Online 20 Ogos 2009

‘Wajarkah saya dipecat’

  • DATUK Seri Dr. Chua Soi Lek menyifatkan kedudukannya kini lebih teruk jika dibandingkan dengan keadaan sewaktu beliau melepaskan semua jawatan dalam kerajaan dan parti pada awal tahun lalu.
  • Bekas Timbalan Presiden MCA itu berkata, walaupun sudah melepaskan semua jawatannya pada 2 Januari tahun lalu, namun beliau pada masa itu masih seorang ahli parti.
  • ‘‘Namun hari ini, saya tidak lagi mempunyai parti. Jadi kedudukan saya hari ini lebih teruk berbanding sewaktu saya meletakkan jawatan,’’

    kata Soi Lek.

  • Veteran MCA, Tan Sri Michael Chen Wing Sum mempersoalkan kenapa tindakan ke atas Soi Lek baru diambil sedangkan skandal seks Soi Lek telah berlalu hampir dua tahun lalu.
  • KUALA LUMPUR 27 Ogos – Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menyifatkan kedudukannya hari ini lebih teruk jika dibandingkan dengan keadaan beliau sewaktu melepaskan semua jawatan dalam kerajaan dan parti awal tahun lalu.


    Isu pemecatan: Ada kaitan dengan usaha jatuhkan Tee Keat?

    APAKAH pemecatan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek daripada MCA bukan semata-mata bersandarkan alasan cakera padat digital skandal seksnya yang dikatakan mencemarkan imej parti?

    Atau ia ada kaitan dengan cerita lama iaitu pertelingkahan peribadi beliau dengan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.

    Orang politik khususnya kalangan ahli MCA sendiri maklum kedua-duanya 'tidak sekapal' sejak era kepimpinan Tun Dr. Ling Liong Sik lagi. Suatu ketika Tee Keat pernah berada dalam Team B 'diketuai' Datuk Lim Ah Lek manakala Soi Lek sendiri dilihat cenderung ke kem Liong Sik.

    Namun jika itu tiada kaitan dan barangkali masing-masing sudah membuka lembaran baru, mungkin populariti Soi Lek di peringkat akar umbi parti dilihat boleh menggugat pengaruh kepimpinan Tee Keat menjadi antara sebabnya Soi Lek tersingkir dari parti.

    Tee Keat sebelum ini memberitahu media bahawa dirinya perlu berdepan dengan musuh dalaman dan luaran. Ramai menjangkakan 'musuh' tersebut tidak dapat dipisahkan dengan dua isu iaitu berhubung pertelingkahannya dengan Soi Lek serta pendedahan Tee Keat mengenai skandal PKFZ.

    ARKIB : 20/12/2001

    Tee Keat mungkin dipecat -- Jawatankuasa Pusat MCA bincang tindakan disiplin terhadap Ketua Pemudanya

    KUALA LUMPUR 19 Dis. - Mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CC) MCA esok dijangka mengenakan tindakan penggantungan atau paling radikal, pemecatan terhadap Ketua Pemudanya, Ong Tee Keat.

    Ong, anggota kumpulan B pimpinan Timbalan Presiden, Datuk Lim Ah Lek yang menentang Presiden, berhadapan tindakan disiplin parti berikutan cadangan Jawatankuasa Veteran dalam kertas laporan siasatan pergaduhan mesyuarat agung luar biasa (EGM) Pemuda MCA pada 3 Ogos lalu.

    Tindakan Samy Vellu tidak profesional, kata Subramaniam

    23/08/2009 5:58pm

    KUALA LUMPUR 23 Ogos — Bekas timbalan presiden MIC Datuk S.

    Subramaniam menyifatkan tindakan Presiden parti Datuk Seri S. Samy Vellu berkempen untuk seorang calon yang bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti 12 Sept ini sebagai tidak profesional dan bersikap kebudak-budakan.

    “Sepatutnya dia (Samy Vellu) yang mendaftar sebagai calon Timbalan Presiden semalam, barulah sesuai dia buat kerja kempen seperti itu,” katanya kepada pemberita sebelum menyampaikan hadiah kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) cemerlang anjuran Koperasi Nesa di sini, hari ini. - Bernama

    Pemecatan boleh jejaskan moral BN

    KUALA LUMPUR 27 Ogos – Pemecatan keahlian MCA ke atas Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek boleh memberi kesan kepada moral Barisan Nasional (BN) secara keseluruhan jika tidak ditangani dengan baik.

    Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, apa sahaja isu yang berlaku di kalangan parti komponen BN boleh menjejaskan serba sedikit kepentingan dan imej parti itu.


    Petikan dari Malaysiakini.com 28 Ogos 2009

    'Terima Rafizah isteri kedua atau cerai'
    Abdul Rahim Sabri
    Ogos 28, 09
    11:55am
    Mohamad Ali Abdullah masih lagi menuntut Rohaizat Othman, bekas calon BN di Permatang Pasir, agar menyelesaikan isu anak perempuannya Rafizah dengan pemimpin Umno itu.

    Peneroka Felda dari Jengka, Pahang itu meminta setiausaha Umno bahagian Permatang Pauh itu menghubunginya bila-bila masa untuk menyelesaikan dengan wanita itu yang didakwa isteri keduanya.

    "Buat penyelesaian, jalan terbaik adalah dengan berbincang dengan kedua-dua pihak. Kalau tindakan mahkamah, ia memakan masa, makan modal.

    "Kita boleh berbincang cara keluarga," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

    "Saya minta dia menghubungi saya melalui telefon atau perjumpaan empat mata, sama ada mengaku Rafizah sebagai isteri atau melepaskannya."

    Mohamad Ali diminta mengulas tindakan yang akan diambilnya terhadap Rohaizat yang menafikan bahawa Rafizah itu isteri keduanya dalam kesibukan kempen pilihanraya kecil DUN tersebut yang berakhir Selasa lalu.

    Bapa wanita itu hujung minggu lalu menuntut Rohaizat membuat pengakuan terbuka agar mengaku Rafizah isterinya itu yang dikahwini pada 2005.

    Mohamad Ali yang mendakwa mewalikan perkahwinan Rafizah-Rohaizat di pejabat kadi daerah Pekan dan didaftarkan di situ pada tahun tersebut.

    Dihubungi hari ini, Mohamad Ali berkata setakat ini beliau belum dihubungi oleh Rohaizat untuk menyelesaikan masalah ini.

    Mohamad Ali juga berkata, beliau menerima panggilan daripada Rafizah – dipercayai berada di Lembah Kelang – yang meminta agar tidak diganggu.




    Tuesday, August 25, 2009

    Di mana silap nya...



    Kononnya = ramai berbondong-bondong pihak lawan dah keluar parti krn hilang kepercayaan

    Kononnya = sokongan rakyat semakin bertambah krn dah muak dgn pihak lawan

    Kononnya = calon kita nih sgt baik dan berkemampuan

    Kononnya = terdapat pengundi hantu spt yg pernah didakwa oleh pihak lawan satu ketika dulu

    Kononnya = pelbagai bantuan akan diberi jika calon kita menang

    Kononnya = pihak lawan dah bertelagah dan tidak sehaluan lagi

    Kononnya = eh..berapa banyak konon daaaa....

    Hakikatnya = kalah lagi.....

    Hakikatnya = pengajaran lampau tidak diambil kira

    Hakikatnya = calon yg di pilih memang mempunyai masalah

    Hakikatnya = jgn mengada-ngadakan cerita sebab mereka dah tahu taktik lama kita

    Hakikatnya = terangkan cara2 kita untuk membangunkan dan memajukan mereka

    Hakikatnya = rakyat masih belum puas dgn pembaharuan yang kita buat

    Hakikatnya = terlalu banyak masalah dalaman ahli rakan kongsi kita yg mengaibkan

    Hakikatnya = rakyat kini semakin pintar dan tahu menilai antara kaca dan permata

    Maka....sedarlah...jgn sampai kita berputih mata....jgn sampai kita menumpang di tanahair kita sendiri...

    Saturday, August 22, 2009

    "ANAK EMAS" ???

    "Anak emas" jika BN menang ????? ermmmm...apa2 aje.....bak kata pepatah melayu, "Hendak Seribu Daya Tak Mahu Seribu Dalih"...

    Anak emas' jika BN menang


    AHMAD Maslan (kanan), Rohaizat Othman (kiri) dan ahli UMNO berkempen dari rumah ke rumah dengan mengedarkan poster dan risalah di Permatang Pasir, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam.


    BUKIT MERTAJAM 22 Ogos - Penduduk di Permatang Pasir boleh menggunakan gelaran 'anak emas' untuk memudahkan urusan dengan Kerajaan Pusat sekiranya Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya kecil di kawasan itu.

    Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, dengan gelaran itu juga penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh mendapatkan keutamaan dalam pelbagai urusan dengan kerajaan.

    ''Sebagai contoh, jika ada masalah dengan mana-mana agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kita akan pastikan ia diselesaikan dengan segera kerana mereka anak emas kita.

    ''Selain itu, pinjaman penjaja kecil TEKUN atau Mara yang dah lama tertunggak, kita akan selesaikan segera atau pun ada antara anak-anak mereka hendak masuk universiti tetapi ada kekurangan sedikit, kami akan cuba bantu dan utamakan mereka.

    ''Mereka akan sentiasa menjadi lima pilihan teratas untuk kita membantu menyelesaikan masalah mereka, inilah kelebihan jadi anak emas kepada BN," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Bilik Gerakan cawangan Permatang Pasir.

    Beliau bersama-sama calon BN, Rohaizat Othman mengadakan kunjungan dari rumah ke rumah di kawasan itu dan bersemuka dengan penduduk di situ.

    Ahmad berkata, aktiviti paling sesuai pada bulan Ramadan adalah dengan mengunjungi rumah pengundi di kawasan berkenaan.

    Tambahnya, bagi menghormati bulan puasa, UMNO dan BN akan terus mengadakan ceramah dan berkempen secara berhemah sekali gus tidak menyentuh perkara yang tidak sepatutnya.

    ''Pada saya dalam bulan Ramadan ini kita hentikanlah ceramah bantai membantai malah kita juga sudah maklumkan kepada penceramah yang terlibat supaya tidak menyelar atau memfitnah mana-mana pihak atau personaliti.

    ''Kita dari dulu memang tak buat fitnah ini, kita akan terus bercerita tentang apa kita akan buat dengan konsep Permatang Pasir akan jadi anak emas Kerajaan Persekutuan, itu tema ceramah BN yang akan diadakan selepas solat tarawih.

    ''Bayangkanlah selepas 4,051 hari Pas memerintah tapi tiada apa pun yang telah dibuat," ujarnya.

    Friday, August 21, 2009

    Kelebihan puasa untuk kesihatan

    Bismillahirrahmanirrahim. Marhaban ya syahrul barakah. Marhabanya syahrul ramah. Marhaban ya syahrul magfirah.Assalamu'alaikum ya Ramadhan.

    Puasa dari Sudut Kesihatan


    Sebenarnya bagi orang-orang yang tahu nilai dan kebaikan puasa itu memang banyak.

    Diantara kebaikan-kebaikan puasa utnutk kesihatan ialah:

    1. Puasa memberi kesegaran kepada fizikal dan mental seseorang.

    2. Puasa bertindak menghancurkan sisa-sisa racun atau tosik dalam darah manusia.

    3. Puasa akan memberi kesegaran pada otot-otot dan akan membuat anda sihat, segar dan bertenaga.

    4. Puasa akan memanjangkan umur anda

    5. Puasa akan membersihkan diri anda dari dosa

    6. Puasa akan membantu menhakiskan keracunan yang berada dalam tubuh badan manusia.

    7. Puasa akan memberi keimbangan dalam darah.

    8. Bila mana darah kita terlampau asam / asid, bila berpuasa semua asid akan detox dan darah akan kembali alkali.

    9. Puasa boleh menurunkan darah tinggi

    10. Puasa boleh menurunkan berat badan

    11. Puasa membersihkan segala kotoran dalam badan

    12. Puasa boleh mencerahkan pemandangan mata

    Selamat berpuasa...


    Wednesday, August 19, 2009

    Industri "Ah Long" bernilai jutaan ringgit...

    Bayangkan betapa berpengaruhnya agensi pinjaman wang "Ah Long" hingga mencecah RM10 juta. Kehebatannya ditambah dgn penglibatan individu yg bergelar "Datuk". Tidak keterlaluan jika saya katakan mungkin ada diantara mereka mendapat "perlindungan khas" dari dikesan oleh pihak polis. Namun demikian, tahniah kpd pihak Polis krn berjaya menangkap petualang ini dari menjahanamkan org2 kita.

    Polis tahan 5 ketua ah long babitkan pinjaman RM10 bilion

    JOHOR BAHRU 19 Ogos - Polis menahan lima ketua ah long termasuk seorang bergelar Datuk yang terlibat dalam kegiatan memberi pinjaman secara haram membabitkan nilai pinjaman sebanyak RM10 juta, baru-baru ini.

    Berikutan penangkapan itu, ketua-ketua ah long tersebut yang kebanyakannya berasal dari Johor mendedahkan nama ahli kumpulan masing-masing.

    Namun, menyedari ketua mereka telah ditangkap, terdapat sebahagian daripada ahli kumpulan ah long itu yang kini dikesan melarikan diri ke luar negara.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, kelima-lima ketua kumpulan itu yang berusia antara 30 hingga 50 tahun ditahan di beberapa lokasi di sekitar negeri ini.

    ''Kita percaya ada di antara ahli kumpulan berkenaan telah melarikan diri ke luar negara setelah ketua kumpulan mereka ditahan,'' katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

    Polis menahan empat ketua ah long, dan seorang yang bergelar Datuk bagi membantu siasatan polis dalam kes membabitkan kegiatan ceti haram itu pada bulan lalu.

    Difahamkan, kumpulan ah long itu mempunyai rangkaian dengan beberapa sindiket lain di dalam dan luar negara.

    Mohd. Bakri berkata, pihaknya juga tidak akan menghebahkan bilangan ahli kumpulan ah long yang terlibat bagi mengelak daripada mengganggu siasatan.

    ''Kita sedang memperincikan setiap maklumat yang diperoleh termasuk mengenal pasti setiap ahli yang terlibat bagi membolehkan mereka ini ditahan dengan segera.

    ''Kesemua ketua ah long yang ditahan kini disiasat mengikut Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan kesemua harta mereka akan disita,'' tegasnya.

    Dalam pada itu, Mohd. Bakri menolak andaian bahawa Johor merupakan pusat tumpuan ah long untuk beroperasi memandangkan negeri lain juga mempunyai kegiatan tersebut.

    ''Saya tidak kata Johor pusat kegiatan sindiket ah long walaupun banyak tangkapan dibuat di sini. Apa yang pasti, polis akan memantau kegiatan haram ini tanpa mengira mana-mana negeri,'' katanya.

    Tuesday, August 11, 2009




    Wabak SELSEMA BABI kini semakin merebak dan jumlah kematian akbat wabak ini semakin meningkat setiap hari. Hampir setiap hari kita akan disajikan dgn berita kematian yg berpunca dgn selsema babi tp setakat mana kita semua sedar akan bahayanya penyakit ini?

    Setakat mana kita sudah mengambil langkah berjaga-jaga bagi menangani wabak ini?

    Sejauh mana pihak berwajib telah mengambil tindakan yg sepatutnya bagi mengatasi dan mencegah wabak ini?

    Adakah wabak ini merupakan balasan kepada kita yg leka akan seruan tuhan?

    Adakah semua kematian ini sebagai satu petanda akan bermulanya kehancuran sebuah negara yg aman makmur?

    Adakah wabak ini merupakan amaran keras dari Tuhan agar kita lebih mementingkan kepentingan umum dari kepentingan peribadi?

    TEPUK DADA TANYA SELERA...

    _____________________________________________________________

    Malaysia confirms 6 new swine flu-related deaths

    AP - Monday, August 10

    KUALA LUMPUR, Malaysia - Malaysia's Health Ministry says six more people diagnosed with swine flu have died, raising the country's death toll related to the virus to 32.


    Government officials have warned that unessential public gatherings might need to be scrapped to curb the risk of further infections as the country's total fatalities from swine flu have quadrupled over the past week.

    The Health Ministry reported Monday that six more patients have died at various hospitals in recent days. Malaysia has confirmed 1,983 swine flu cases since May.

    Friday, August 7, 2009

    Sarawak Juara !!!!!!!


    Tahniah kepada pasukan silat sekolah2 Sarawak yang telah menjuarai Pertandingan Silat Sekolah2 Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur pada 4-6 Ogos yang lalu. Sarawak telah memenangi 3 pingat emas, 1 pingat perak dan 2 pingat gangsa. Pemenang-pemenang pingat adalah seperti berikut;
    • Mohd Firdaus bin Rahmat (emas- seni tari putera sekolah menengah)
    • Mohd Shamren Bin Hussen (emas-seni tari putera sekolah rendah)
    • Nur Suhaida bt Muliyono (emas-seni tari puteri sekolah rendah)
    • Wan Mohd Muazzam Bin Wan Zainaudin & Wan Mohd Hafizuddin Bin Wan Mohd Iskandar (perak-seni silat tempur putera sekolah rendah)
    • Intan Ayu Anissa bt Hj Rafandi & Nazihatul Athirah bt Azaman (gangsa-seni tempur puteri sekolah rendah)
    • Dyg Kamariah bt Awg Sahmat & Siti Nirwana bt Rabani (gangsa-seni tempur puteri sekolah menengah)

    Sunday, August 2, 2009

    Selamat Berjuang Pendekar Sarawak!!!

    KONTINGEN SILAT MSS SARAWAK 2009

    Pertandingan Pencak Silat MSSM Peringkat Kebangsaan
    Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur
    4-6 Ogos 2009

    Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha mengasihani. Kau berilah kekuatan dan keyakinan kepada semua pesilat2 yang mewakili Pasukan Pencak Silat MSS Sarawak, agar mereka beroleh kejayaan yang cemerlang. Ya Allah, kau lindungilah kami semua ya Allah..dari sebarang penyakit, ancaman, hasad dengki, kemalangan dan dari segala perbuatan jahat samada yang nyata atau tidak. Ya Allah, kau berilah keimanan kepada kami semua..agar kami tabah dalam menempuhi segala cabaran yang bakal menduga kami. Sesungguhnya ya Allah, kami berserah diri dan bertawakkal kepadamu..kerana sesungguhnya hanya engkaulah yang maha berkuasa lagi maha mengetahui. ya Allah, kau makbulkanlah doa kami ya Allah. sesungguhnya hiup kami dan mati kami adalah kerana mu..ya Allah...

    ______________________________________________________________________

    Wahai anak-anak silatku, berjuanglah demi maruah agama, bangsa dan negeri Sarawak yang tercinta. Jangan mudah menyerah kalah kerana anak Sarawak berpantang maut sebelum ajal. jangan leka dengan godaan dan sentiasa beringat akan kekuasaan Allah...

    Thursday, July 30, 2009

    Judi...spa haram...bla..bla..bla..


    Judi dan pelacuran merupakan industri atau profession yang tertua di dunia..sejak awal peradaban manusia hingga kini, gejala sosial ini tidak pernah terhakis malah lebih meriah dgn pelbagai usaha dan dalil bagi menghalalkannya di mata masyarakat. Walau apa sekali pun yg telah dilakukan oleh pihak JAKIM atau mana2 pihak yg berkaitan, masalah ini tidak pernah padam malah semakin berkembang di seluruh pelusuk negara. Tak kira kerajaan negeri diperintah oleh Barisan Nasional atau Pakatan Pembangkang, perkara ini sentiasa menghantui masyarakat kita.

    Di manakah silapnya kita hingga perbuatan terkutuk ini tidak dapat dihapuskan. Ada2 saja pihak dgn cara yg sgt bijak dan licik mengembangkan perbuatan terkutuk ini sehingga ada segelintir masyarakat menerimanya sebagai salah satu norma hidup. Semoga semua masyarakat di negara ini sedar akan keburukkan masalah ini dan mungkin juga wabak selsema babi yg melanda negara kita asdalah salah satu amaran atau balasan kepada kita.