Tuesday, June 30, 2009

Jgn menyemai persengketaan...

PM sifatkan debat tidak bawa faedah.
Oleh Noraini Abd. Razakdan Zabry
Mohamadpengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 29 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak
tidak nampak sebarang faedah diadakan debat antara Pas dan UMNO dalam
menyelesaikan permasalahan umat Islam dan menentukan masa depan
negara.
Perdana Menteri berkata, forum terbaik untuk menangani kedua-dua isu
itu adalah menerusi musyawarah dan mengadakan perbincangan secara ikhlas.



Sejak kebelakangan ini, budaya debat terbuka seolah-olah menjadi trend dlm menunjukkan kewibawaan serta kepimpinan seseorang itu namu kita harus melihat kesannya dlm jangka masa panjang. Dlm keadaan ketidaksetabilan politik dan ekonomi, saya rasa, kita di Malaysia ini patut mengelak dari mengadakan debat terbuka lebih2 lagi jika melibatkan pemimpin tertinggi negara kita. justeru itu, saya merayu cadangan bagi mengadakan debat bterbuka antara PM dan Tok Guru tidak perlu diadakan krn ini pasti akan memburukkan lagi kekuatan bangsa kita khasnya dlm menerajui kepimpinan negara.

Monday, June 29, 2009

Jangan "over-confident"...

Antara sedar atau tidak, rakyat kini lebih bersikap terbuka dlm menerima apa jua fakta atau dakyah yang diutarakan oleh mana2 pihak khasnya yang berkaitan dgn politik. setiap kali berlakunya pilihanraya, maka rakyat akan dihujani oleh pelbagai maklumat terkini atau lapok, benar atau dusta dari semua pihak yang berkepentingan. Setiap hari, semua media arus perdana atau reformis aakan mengeluarkan bahan kempen yang berbagai genre dan pendekatan.
namun, apa yg dpt kita perhatikan bahawa, tidak semua rakyat terpengaruh oleh maklumat2 ini. rakyat lebih berhati-hati dlm menerima maklumat tersebut. setiap dakwaan atau belaan akan dikaji. mereka tidak akan menyokong membuta tuli walaupun masih terdapat segelintir penyokong fanatik yg tidak dapat menerima arus perubahan dan perkembangan semasa.

Sudah beberpa pilihanraya umum dan kecil telah kita saksikan dan setiap kali, pasti keputusannya memang diluar jangkaan. jika kita lihat keputusan beberapa piulihanraya kecil sejak kebelakangan ini, boleh dikatakan semuanya telah dimenangi oleh pihak PR walaupun kita disajikan dengan berita seolah-olah rakyat telah menolak pihak PR dan menyokong sepenuhnya kerajaan BN namun akhirnya, pihak PR jua yg memenangi pilihanraya.

pernahkah kita bertanya mengapa ini berlaku? Adakah mereka sedar bahawa rakyat sudah muak dgn cara kempen dan pendekatan memenangi hati rakyat sudah lapuk? Sekiranya pihak Barisan nasional ingin menangi pilihanraya kecil di manik Urai, satu pendekatan baru yang lebih praktikal mtanpa menyakiti hati mana2 pihak harus dipertimbangkan. Berceritalah kepada rakyat apa yg akan dilakukan, program2 pembangunan yg bakal direncanakan, faedah2 menyokong BN, tu8njukkan keikhlasan tanpa perlu mendapat liputan media yg meluas, gunakan kepakaran bloggers utk mematahkan serang hendap pihak lawan, jangan merendah-rendahkan pihak lawan, jgn memfitnah pihak lawan, gunakan reverse psychology utk memenangi hati rakyat, jgn keterlaluan bila mengutuk pihak lawan khasnya "Tok Guru" dan yg paling penting, tunjukkan keikhlasan semasa berkempen kerana rakyat tahu mengenal yg mana kaca dan yg mana permata...
de3ngan menurunkan seorang calon dari sektor pengurusan korporat nyata mempunyai kelebihan tp harus diingat pemborong ikan lebih dikenali kerana mereka berhadapan dgn rakyat biasa terutama sekali pengundi setiap hari. jadi, jgn salah strategi dan jgn "over-confident"...

Antara dua darjat...

Baru2 ini gelaran glamour utk H1N1 telah diguna kembali. maka, barang siapa di antara yg terkena penyakit ini, maka anda akan dikatakan terkena jangkitan penyakit selsema babi. Mungkin terdapat reaksi kurang senang ttg penggunaan terma ini tp inilah terbaik agar umum mengetahui asal punca penyakit ini. kepada mereka yg disyaki terkena penyakit ini atau pernah melawat negara2 yg terkena wabak ini atau pernah se"kapal terbang" dgn individu yg terkena penyakit ini, eloklah pergi membuat pemeriksaan doktor dgn segera. Jgn lah sampai ramai rakyat yg tak berdosa terkena jangkitan penyakit ini akibat kelalaian dan kedegilan anda...

Sunday, June 28, 2009

Manik Urai oh Manik Urai...

Pentas pilihanraya kecil telah dibuka. Para pendekar telah diketahui. maka, marilah kita saksikan nanti gerak tari mereka dlm kempen pilihanraya nanti siapakah akan menambat hati rakya?... hanya manikam mengenal jauhari...samada tokei ikan atau si kolar biru menjadi pilihan...hanya rakyat di manik urai menjadi penentu...

Friday, June 26, 2009

Karnival Seni Silat Antara sekolah2 peringkat bhgn kuching

Baru2 nih, satu pertandingan silat antara sekolah2 menengah dan rendah telah berlangsung di SMK SHOAW, Kuching, Sarawak. Antara tujuannya ialah bagi memilig wakil Bahagian Kuching utk pertandingan silat peringkat negeri sarawak.

Setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang dan yg bakal mewakili bhgn Kuching kelak. Pada pewrtandingan kali ini, SMK Matang Hilir telah menjadi juara keseluruhan utk peringkat sekolah menengah dan SK Petra jaya utk peringkat sekolah rendah.

Monday, June 15, 2009

Tahniah...Helang Putih Perkasa...

Setinggi tahniah diucapkan kpd pasukan Silat Helang Putih Perkasa krn telah memenangi 4 kategori silat olahraga dan mendapat 2 tpt kedua juga utk kategori silat olahraga semasa pertandingan silat antara perguruan peringkat bahagian Kuching yg lebih dikenali sbg "Kuching Close".

Walaupun mempunyai masa yg agak singkat utk menyiapkan pasukan namun kecekalan dan kegigihan pasukan ini telah berjaya mengatasi segala kesulitan yg ada.
Tahniah diucapkan kpd saudara Mozy, ketua jurulatih dgn dibantu oleh saudara Amy krn berjaya membimbing anak didik utk mencapai kejayaan yg agak di luar jangkaan. Semoga pesilat2 Helang Putih yg berjaya akan meneruskan perjuangan pd peringkat yg seterusnya. jika diizinkan Illahi, insyaallah, anda akan membawa cabaran pasukan Silat SUKMA Sarawak pd pertandingan silat SUKMA pd tahun depan..insyaallah..

Wednesday, June 10, 2009

Lagu tempatan...kedayan brunei...

Sekali sekala seronok gak dgr lagu2 tempatan. Tgh bukak youtube, sy jumpa koleksi lagu2 kedayan brunei. Bila bukak, best juga. Jd sy upload kat sini utk santapan kita bersama. Ya ler, pas wat entri yg heavy2 elok juger kita santai jap..k...

Tuesday, June 9, 2009

Hilya Rasulullah S.A.W.

Hilya - The Description of Rasulullah (SAW)

Balagha
al-`ula bi kamalihi
Kashafa ad-duja bi jamalihi
Hasunat jami`u khisalihi
Sallu `alayhi wa aalihi
For his face, that
shone like the sun and
moon
For the smile, that lightened a darkened
room
For his life,
that turned night to brightest noon
Send peace on
him
and
his
family.
As his hands brought fragrance to all they
touched
With a
perfume sweeter than rose or musk
His remembrance
perfumes
the
dawn and dusk
Send peace on him and his family.
For his
hair, that
shone ebony and
black
That like streams cascaded towards
his
neck
For the seal of
prophecy upon his back
Send peace on him
and his
family.
For his teeth,
that shone with a diamond’s gleam
For his
neck, like silver and ivory
For his wisdom, priceless beyond
all things
Send peace on him and his
family.
For his hands that
toiled yet were
smooth and soft
For his feet
that swelled as he
worshipped God
For
the marks on his back that brought
tears to
Umar
Send peace on him and
his family.
When his blessed body
was
pierced by rocks
With blood
streaming forth, he gave this response
‘Oh Allah, forgive them, for they
know not!’
Send peace on him and
his
family.
For his name is Ahmad
and Muhammad
He is praised
in
heaven and
praised on earth
Though no
praise can reach to his
true
worth
Send peace
on him and his family.
All who came to him
were in
awe of him
All who
stayed with him fell
in love with him
Oh! How
fortunate to have been one of
them
Send
peace on him
and his family.
Ya Allah ya tuhanku, sesungguhnya aku hanyalah hambamu yang kerdil lagi hina. Aku mohon maaf kepada mu ya Allah kerana aku amat merindui Rasulullah s.a.w. Aku bermohon kepada mu ya Allah agar aku diberi kesempatan untuk bersamanya di akhirat kelak...amin....

Sunday, June 7, 2009





Apabila terbaca entri rakan yg bercerita ttg silat, terpanggil juga untuk menyumbangkan sedikit info yg sy rasa berguna sbg panduan kpd pengamal-pengamal seni silat tanahair. Info ini saya petik dari http://www.islam.gov.my/e-rujukan/silat.htm Semoga maklumat tersebut dapat membantu kita membetulkan amalan2 dlm seni persilatan sejajar dengan kehendak agama dan akidah kita. Insyaallah..

GARIS PANDUAN SILAT

MENURUT ISLAM

1. TUJUAN

1.1. Garis panduan ini disediakan untuk dijadikan panduan kepada umat Islam khususnya mereka yang terlibat dengan amalan seni mempertahankan diri tradisional (silat) supaya terhindar dari amalan yang bertentangan dengan akidah dan syariat Islam yang sebenar.

2. PENDAHULUAN

2.1. Islam amat menitikberatkan soal-soal akidah dan syariah. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber asal Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias adalah ditolak. Kepercayaan-kepercayaan dan amalan-amalan tertentu dalam masyarakat Islam di Malaysia sedikit sebanyak ada hubungkaitnya dengan pengaruh fahaman Anamisme, Dinamisme, Hindu, Buddha dan Syiah (Ghulu) yang sebahagiannya telah menjadi darah daging kepada pengamal suci mempertahankan diri tradisional (silat). Oleh itu gari panduan ini perlu dijadikan asas dan panduan supaya dapat mengelakkan diri dari terjerumus ke dalam penyelewengan akidah dan syariat Islam. Allah berfirman dalam surah Yunus, ayat 106:

ولا تدع من دون الله ما لا ينفعك ولا يضرك فان فعلت فانك اذا من الظالمين

(سورة يونس : 106)

Bermaksud:
“Dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi manfaat dan tidak (pula) memberi mudharat kepadamu selain Allah; sebab jika kamu berbuat (yang demikian) itu, maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang zalim”.

2.2. Dalam sejarah Islam memang wujud pahlawan-pahlawan yang tekemuka di kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w. Mereka telah berjuang menentang Musyrikin Quraisy dan penentang-penentang ajaran Islam dari kalangan Munafikin. Antara sahabat berkenaan ialah Saidina Ali, Khalid Ibnu Walid, Amru b. As-As, Abu Ubaidah b. Al-Jarrah, Saad b. Abi Waqas dan lain-lain lagi. Di dalam Al-Quran didapati banyak ayat-ayat yang menunjukkan bahawa perlunya umat Islam mempersiapkan diri dan kelengkapan senjata serta kemudahan-kemudahan yang perlu untuk mempertahankan agama, diri dan negara. Antaranya ayat 61 surah Al-Anfaal:

وان جنحوا للسلم فاجنح لها وتوكل على الله انه هو السميع العليم

(الانفال : 61)

Bermaksud:
“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”.

2.3. Di dalam ilmu persilatan terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sama ada ketika hendak masuk silat, setelah masuk atau selepas tamat dan diijazahkan. Di antara syarat-syarat tersebut:

(a) menyediakan pengeras seperti pulut kuning, limau purut, kain putih, bayaran pengeras dan sebagainya.

(b) mandi dengan air mandian tertentu sebagai lambang membersihkan segala kekotoran zahir dan batin.

(c) tidak boleh meninggalkan sembahyang.

(d) Tidak boleh banyak bertanya ketika guru sedang mengajar atau mempersoalkan sebarang tindakan guru.

(e) Melakukan gerak silat membuka atau menutup gelanggang setiap kali memula atau menamatkan latihan silat.

2.4. Guru memainkan peranan penting di dalam menyampaikan sesuatu ilmu bagi menjamin kesahihan dan kesempurnaan ilmu tersebut. Di dalam ilmu persilatan, guru adalah lambang kesempurnaan.

2.5. Sesuatu seni mempertahankan diri tradisional (silat) itu perlulah didasarkan kepada garis pandua berikut bagi mengenalpasti ianya terhindar dari perkara-perkara yang bercanggah dengan syariat Islam:

(a) Asal Usul Silat

(b) Syarat-Syarat Silat

(c) Guru Silat

(d) Ikrar Sumpah dan Taat Setia

(e) Pantang Larang

(f) Adab

(g) Gerak Langkah

(h) Amalan Dalam Silat

(i) Pengijazahan

(j) Matlamat Silat

3. GARIS PANDUAN SILAT DAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI

3.1. Asal-Usul Silat

3.1.1. Demi menjaga kesucian akidah Islam, beberapa perkara perlu diambil perhatian iaitu setiap individu atau kumpulan tidak boleh mendakwa bahawa:

(a) Silat mereka bersumber dari Nabi Muhammad s.a.w. para anbia atau diambil dari Al-Quran dan Hadis atau berasal dari amalan para sahabat Nabi s.a.w.

(b) Teknik atau pergerakan persilatannya berasal dari ibadat-ibadat tertentu seperti rukun-rukun sembahyang.

(c) Seni silat mereka bersumberkan mimpi bertemu Rasulullah s.a.w. atau para anbia yang lain atau para sahabat serta ulama.

3.2. Syarat-syarat Silat

3.2.1. Bagi mempastikan syarat-syarat di dalam ilmu persilatan tidak bercanggah dengan ajaran Islam maka:

(a) Semua perkara yang wajib dilakukan atau ditinggalkan oleh seorang Islam, yang mukallaf tidak boleh dijadikan syarat di dalam silat seperti sembahyang, puasa, jangan durhaka kepada ibubapa, sehingga mendatangkan anggapan bahawa perkara wajib tersebut menjadi wajib hanya apabila dijadikan syarat.

(b) Tidak boleh mengaitkan sesuatu pengeras dengan suatu akibat yang dipercayai boleh merosakkan pegangan akidah.

(c) Tidak boleh percaya kepada sial seperti mandi membuang sial atau mandi-mandi tertentu yang dikaitkan dengan persilatan.

(d) Tidak boleh melakukan gerak silat atau bacaan tertentu yang mengandungi unsur-unsur meminta izin atau bantuan dari kuasa-kuasa makhluk “ghaib” dalam acara “gerak membuka atau menutup gelanggang”, “’ayat kebal” atau “pukulan angin maut” atau sembelih ayam dalam gelanggang.

(e) Tidak boleh mentaati guru atau seseorang pada perkara-perkara yang jelas bercanggah dengan akidah dan syariat Islam.

(f) Sebarang syarat yang bertentangan dengan akidah, syariah dan akhlak Islam.

3.3. Guru Silat

3.3.1. Guru silat yang beragama Islam hendaklah bukan terdiri daripada:
(a) mereka yang melakukan perkara-perkara syirik, sama ada melalui perkataan, perbuatan atau iktikad.

(b) mereka yang melakukan maksiat/jenayah dan yang bertentangan dengan moral.

(c) pemecah belah masyarakat.

(d) Mereka yang mentafsir ajaran agama Islam mengikut hawa nafsu.

3.3.2. Jika seseorang guru silat hendak melibatkan diri dalam hal agama hendaklah mengetahui asas-asas agama Islam sama ada fardhu ain atau fardhu kifayah seperti rukun Islam, rukun Iman, cara mengerjakan sembahyang dan sebagainya.

3.3.3. Guru silat dilarang memasukkan atau menggunakan unsur-unsur yang bercanggah dengan Islam seperti sihir dan ilmu kebal di dalam ilmu persilatan.

3.4. Ikrar Sumpah Dan Taat Setia

3.4.1. Sumpah tidak dibolehkan sebaliknya hanya ikrar.

3.4.2. Murid-murid tidak boleh taat secara membuat tuli kepada guru. Mereka hendaklah mengikut perintah guru selama tidak bercanggah dengan perintah Allah.

3.4.3. Sumpah tidak boleh digunakan kepada perkara-perkara yang telahpun diwajibkan di dalam Islam seperti bersumpah akan taat kepada ibubapa, bersumpah akan taat kepada Allah dan Rasul dan sebagainya.

3.4.4. Bacaan-bacaan, amalan dan ikrar yang terdapat di dalam sumpah hendaklah mengandungi perkara-perkara yang tidak bercanggah dengan akidah dan syariat Islam seperti memuja dewa, atau nama berhala.

3.4.5. Di dalam upacara sumpah dan bai’ah sama ada dari segi fizikal atau mental hendaklah tidak mempunyai unsur-unsur yang mensyirikkan Allah dan menjatuhkan maruah seseorang sebagai umat Islam.

3.5. Pantang Larang

3.5.1. Suatu pantang larang hendaklah bukan daripada perkara-perkara yang jelas diwajibkan di dalam Islam seperti tidak meninggalkan sembahyang, jangan berkelahi sesama ahli dan sebagainya.

3.5.2. Suatu pantang larang tidak boleh dikaitkan dengan unsur-unsur pemujaan, meminta izin, perlindungan atau bantuan daripada makhluk-makhluk ghaib seperti larangan berludah kerana ditakuti tidak menjadi.

3.5.3. Tidak boleh memenuhi kehendak pantang larang sehingga melakukan perkara-perkara yang ditegah di dalam Islam seperti meninggalkan tanggungjawab sebagai suami atau isteri dan sebagainya.

3.5.4. Perkara-perkara yang harus dan halal tidak boleh dihukumkan haram.

3.6. Adab

3.6.1. Adab Murid Dengan Guru:

(a) Guru tidak boleh menganggap dirinya yang paling mulia dan tidak pernah bersalah.

(b) Guru hendaklah mengelakkan diri dari dianggap orang yang perlu ditaati secara mutlak.

(c) Guru tidak boleh menganggap orang lain lemah dan lekeh.

(d) Guru hendaklah melarang murid-muridnya memuja, mengagung dan taksub kepadanya.

3.6.2. Adab Sesama Murid Seperguruan:

(a) Seseorang murid tidak boleh memberikan hak secara khusus kepada murid seperguruannya sahaja, seperti memberi ucapan salam, tidak boleh bergaduh sesama ahli dan sebagainya.

(b) Seseorang murid tidak boleh menanam atau mengapi-apikan perasaan bangga diri dan taksub kepada kumpulannya sehingga memandang hina dan negatif kepada orang lain.

3.6.3. Adab Murid Dengan Orang Lain

(a) Seseorang murid tidak boleh mengutamakan guru silat dan murid-murid seperguruannya sehingga mengabaikan hak dan kewajipannya kepada ibubapa, suami, isteri, anak dan ahli keluarga.

(b) Seseorang murid tidak boleh memandang rendah dan hina terhadap orang bukan dari kalangan ahli silatnya.

(c) Seseorang murid yang beragama mesti menjalinkan ikatan persahabatan sama ada sesama ahli atau orang lain.

3.7. Gerak Langkah

(a) Gerak langkah silat tidak boleh dikaitkan dengan zat Allah dan sifat-sifat-Nya atau merupakan maksud di sebalik kalimah atau nama-nama Allah atau sifat-sifatNya.

(b) Gerak langkah silat tidak boleh diertikan sebagai maksud yang tersirat daripada ahli atau jasad Rasulullah s.a.w., para malaikat, nabi-nabi dan orang soleh.

(c) Gerak langkah silat tidak boleh dimaksudkan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam atau perlakuan-perlakuan ibadat yang tertentu seperti dua kalimah syahadah dan sembahyang.

3.8. Amalan Dalam Silat

(a) Tidak boleh memuja dan memperhambkan diri kepada sesuatu kuasa atau peribadi yang boleh mendatangkan nasib baik atau buruk kepada seseorang seperti hantu, dewa, keramat, kubur, keris, busut dan sebagainya.

(b) Tidak boleh menggunakan tangkal dan azimat yang mengandungi rajah-rajah atau tulisan-tulisan yang tidak difahami, objek-objek tertentu dan bercampuraduk dengan ayat Al-Quran.

(c) Tidak boleh mengamalkan bacaan-bacaan tertentu yang tidak difahami maknanya dikhuatiri mengandungi kata-kata pemujaan kepada berhala, iblis, syaitan atau nama berhala orang kafir serta bercampur aduk dengan ayat al-Quran.

(d) Tidak boleh meninggalkan ibadat-ibadat wajib yang dituntut di dalam Islam seperti sembahyang lima waktu dan puasa di bulan Ramadan ketika melakukan amalan silat.

3.9. Pengijazahan

(a) Tidak boleh melakukan isyarat sembah atau gerak tubuh yang melambangkan ketundukan yang menyamai atau melebihi ketundukan yang hanya layak kepada Allah sahaja seperti tidak sembah kepada guru.

(b) Tidak boleh melakukan upacara-upacara yang mengandungi unsur-unsur penyembahan, pemujaan, memohon bantuan atau memperhambakan diri kepada kuasa-kuasa atau tenaga-tenaga ghaib seperti mempersembahkan sedulang makanan, menyembelih ayam dan sebagainya.

3.10. Matlamat Silat

(a) Matlamat silat hendaklah matlamat yang baik seperti untuk kesihatan tubuh badan, mendisiplinkan diri, hidup bermasyarakat, untuk mempertahankan diri dari bahaya dan sebagainya.

(b) Matlamat silat tidak boleh:

(i) Untuk membalas dendam, menuntut bela, membuat aniaya, menakut-nakutkan dan mengugut orang lain.

(ii)Untuk menanam sifat berani yang keterlaluan sehingga hilang hormat kepada ibubapa, guru, ahli keluarga dan lain-lain.

(iii)Untuk memupuk sentimen perkauman atau taksub golongan/kumpulan ekstrim agama yang melampau di kalangan ahli.

4. PENUTUP

Dengan mengikut garis panduan ini diharapkan para pengamal silat dan seni mempertahankan diri supaya dapat menghindarkan diri menyimpang daripada ajaran Islam yang benar, agar hidup sentiasa dirahmati Allah S.W.T.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,

Kuala Lumpur.

Thursday, June 4, 2009

Rukun Negara




Dalam kesibukan kita mengejar kerjaya dan rutin harian, mungkin kita terlupa betapa luhurnya pemimpin kita mencari ikrar taat setia agar dapat dijadikan sandaran kepada rakyat berbilang kaum di negara ini. Setelah peristiwa 13 Mei, allahyarham Tun Razak pada ketika itu telah menggariskan lima prinsip yang dikenali sebagai Rukun Negara sebagai panduan rakyat bagi mengelak berlakunya perselisihan faham antara kaum di negara ini. Saya harap artikel yang dipetik dari http://www.penerangan.gov.my/myperkasa/?p=37 dapat menjelaskan lagi akan intipati RUKUN NEGARA.

Pengubalan Rukun Negara pada tahun 1970 bertujuan melahirkan satu dokumen atau etika untuk kesejahteran rakyat Malaysia. Peristiwa hitam 13 Mei 1969 adalah berpunca daripada perasaan ketidakpuasan hati jiwa rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Pada ketika itu tidak ada piagam atau panduan untuk dijadikan rukun sebagai pegangan setiap kaum. Lima prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara meliputi amalan kehidupan yang lengkap untuk rakyat Malaysia hidup secara aman, selamat serta menjamin setiap hak dan peluang yang ada di negara ini.

Prinsip yang pertama Kepercayaan kepada Tuhan merupakan teras kepada kehidupan manusia. Semua kaum yang terdapat di negara ini pasti mempunyai agamanya sendiri. Setiap agama mempunyai Tuhannya sendiri yang mewajibkan umatnya taat setia dan menurut segala suruhannya. Semua agama di dunia ini menyuruh penganutnya berbuat baik. Oleh yang demikian, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum pastinya disuruh dan digalakkan berbuat baik terutama sesama manusia.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah prinsip kedua yang memerlukan setiap rakyat Malaysia mempunyai rasa hormat dan taat setia kepada raja. Raja adalah institusi yang perlu dihormati kerana beliau adalah tunjang atau ketua kepada negara dan negeri. Rakyat juga diwajibkan mempunyai semangat dan perasaan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara. Melalui prinsip ini semua rakyat tanpa mengira kaum, keturunan, agama dan budaya perlu taat dan setia kepada Sultan atau Raja di negara ini disamping cintai serta sayangkan kepada negara. Raja atau Sultan adalah symbol perpaduan rakyat Malaysia.

Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang adalah prinsip Rukun Negara yang ketiga dan keempat. Rakyat negara ini perlu meletakkan kepercayaan kepada Dewan perwakilan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri sebagai pengubal undang-undang negara demi kesejahteraan hidup semua rakyat. Perlembagaan negara adalah panduan atau doktrin untuk negara melaksanakan segala urusan pemerintahan. Undang-undang yang digubal dan dilaksanakan bertujuan menjaga keamanan dan kesejahteraan hidup semua rakyat Malaysia. Rakyat negara ini perlu bersatu padu di bawah satu persefahaman yang telah dicapai dan dimenterai oleh kedua-dua prinsip ini.

Prinsip kelima Rukun Negara adalah Kesopanan dan Kesusilaan. Melalui prinsip ini rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu mengamalkan nilai-nilai kehidupan yang murni dan bersatu padu. Bagi menjaga kestabilan, keamanan dan kesejahteraan hidup rakyat, amalan perpaduan dan sifat bertoleransi antara kaum perlu diamalkan dalam masyarakat negara ini. Semua kaum bebas mengamalkan agama, kebudayaan, adat resam dan kepercayaan disamping perlu menghormati amalan kaum lain. Semangat berkerjasama serta saling memahami adalah menjadi kunci kepada kejayaan negara. Segala kepentingan dan perselisihan pendapat perlu dibincangkan secara muafakat. Melalui prinsip ini rakyat digalakkan mengamalkan semangat perpaduan serta tolak ansur antara kaum bagi memelihara keamanan negara berkekalan.

Sekiranya semua rakyat Malaysia dapat mengamalkan prinsip-pronsip Rukun Negara, keamanan dan kestabilan negara akan terus terpelihara. Semangat rela berkorban untuk negara juga akan wujud di kalangan masyarakat yang dapat memahami serta menghayati prinsip Rukun Negara. Dalam keadaan politik dan ekonomi negara yang tidak menentu, semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik wajar kembali menghayati Rukun Negara. Jadikanlah Rukun Negara sebagai sebahagian daripada amalan kehidupan bagi menjamin kecemerlangan negara di masa depan. Bersatu teguh, Bercerai kita roboh.